Isnin, 31 Ogos 2009

PEMBENTUKAN AWAN DI MALAYSIA

Pembentukan awan berlaku hampir keseluruhannya pada bahagian bawah atmosfera yang dikenali sebagai Troposfera. Awan terbahagi kepada dua kumpulan besar : iaitu yang berbentuk kumulus (cumiliform) dan yang berbentuk berlapis-lapis(stratiform). Saiz, bentuk dan warna awan berubah mengikut kandungan kelembapan dan kesetabilan atmosfera. Atmosfera pada amnya dibahagi kepada tiga peringkat didifinasikan mengikut garis lintang, paras ketinggian dan kekerapan kewujudan awan-awan tertentu seperti berikut:

Peringkat

Kawasan Tropika

Kawasan Berhawa Sederhana

Kawasan Kutub

Tinggi

6 – 18km

5 – 13 km

3 – 8 km

Pertengahan

2 – 8 km

2 – 7 km

2 – 4 km

Rendah

Dari paras muka bumi ke 2 km

Dari paras muka bumi ke 2 km

Dari paras muka bumi to 2 km

Terdapat 10 genera awan. Enam daripadanya tergolong ke dalam peringkat-peringkat tersebut diatas seperti berikut:
  1. Awan peringkat rendah : Stratokumulus dan stratus.
  2. Awan peringkat pertengahan : Altokumulus.
  3. Awan peringkat tinggi : Sirus, Sirokumulus, dan Sirostratus.

Genera selebihnya tidak tergolong kedalam peringkat – peringkat tersebut diatas sepenuhnya. Awan-awan ini mempunyai kecenderungan mengembang dari satu peringkat ke peringkat lain seperti berikut:

  1. Altostratus biasanya terjadi pada peringkat pertengahan tetapi boleh mengembang ke peringkat tinggi.
  2. Nimbostratus berkembang dari peringkat pertengahan ke peringkat tinggi dan rendah .
  3. Awan-awan Kumulus dan Kumulonimbus lazimnya mempunyai tapak di peringkat rendah tetapi mengembang ke peringkat pertengahan dan tinggi.

Gambar-gambar awan berikut diambil di Semenanjung Malaysia, kebanyakannya di Negeri Selangor pada bulan Mei, Jun dan Julai 2002. Warna kekuningan oren sesetengah awan adalah disebabkan pemantulan sinaran suria pada waktu matahari terbit atau matahari terbenam. Gambar-gambar ini tidak meliputi semua genera tersebut diatas tetapi akan ditambah dan/atau disemak semula dari masa kesemasa dan diganti dengan gambar-gambar awan lain berserta komen yang dapat diperolehi untuk memaparkan keadaan cuaca dan pola awan berkaitan di Malaysia.

Awan Peringkat Rendah (Low Clouds):

LL1.- Kumulonimbus (Cb)

LL1. Ini adalah satu pandangan jarak jauh deretan awan Kumulonimbus (Cb) di Selat Melaka. Awan-awan ini tinggi berwarna putih / gelap. Tapaknya terletak pada ketinggian kira-kira 1000 kaki manakala puncaknya boleh mencapai ketinggian melebihi 35000 kaki. Pembentukan deretan awan ini merupakan satu ciri biasa pada awal pagi Monsun Barat Daya. Kedudukan Sel-sel Cb yang begitu rapat menyebabkan awan-awan itu kelihatan bersambung. Warna kuning keemasan itu disebabkan pantulan sinar suria pagi yang sedang terbit di timur. Awan nipis berbentuk topi kelihatan diatas puncak awan Cb menunjukan kewujudan udara stabil mengalir diatas puncak awan itu (Cb). Awan-awan Cb ini kerap bergerak masuk ke pedalaman melalui kawasan pantai pada peringkat akhir Monsun Barat Daya. Apabila ketidakstabilan atmosfera mencapai lebih tinggi, awan-awan ini membawa hujan lebat dan ribut petir kepada kawasan terlibat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan