Isnin, 31 Ogos 2009

Geografi Malaysia

GEOGRAFI

Malaysia meliputi keluasan 330,252 kilometer persegi terdiri dari SemenanjungTanah Melayu serta kawasan pantai barat daya Pulau Borneo (Sabah dan Sarawak).

Kedua-dua wilayah ini dipisahkan oleh Laut China Selatan seluas 531.1 kilometer persegi. Semenanjung Malaysia, meliputi seluas 131,805 kilometer persegi bersempadan dengan Negara Thai di utara dan Singapura di selatan. Sabah meliputi keluasan 73,997 kilometer persegi dan Sarawak seluas 124,450 kilometer persegi.

Negeri dan Wilayah

Negeri-negeri di Semenanjung Malaysia adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembi Ian, Pahang, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Negeri Pahang mempunyai keluasan 35,965 kilometer persegi adalah negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia.

Negeri Sabah terdiri dari lima bahagian iaitu Tawau, Sandakan, Kudat, Pantai Barat dan Pedalaman. Wilayah Persekutuan Labuan, terletak di pantai barat Sabah mempunyai keluasan 91 kilometer persegi. Sarawak terdiri dari sebelas bahagian iaitu Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri, Sarikei, Limbang, Kapit, Bintulu, Kota Samarahan, Mukah dan Betong.


Iklim

Malaysia terletak berhampiran dengan Khatulistiwa antara garisan lintang 10° dan 70° Utara dan garisan bujur 100° dan 119°limur. Lazimnya iklim di sini terbahagi kepada dua musim, iaitu musim monsun barat daya dan musim monsun timur laut. Purata suhu harian di seluruh Malaysia ialah antara 21 ° C hingga 32° C. Cuaca Malaysia tertakluk kepada pengaruh laut dan perubahan sistem angin yang bertiup dari Lautan Hindi dan Laut China Selatan. Kelembapannya adalah tinggi, iaitu 80% dan purata hujan lebih kurang 200cm setahun.

Flora

Hutan Hujan Tropika di Malaysia dianggap yang tertua di dunia. Bumi Malaysia masih diliputi dengan sejumlah 61 peratus Hutan Hujan Tropika. Dengan terdapatnya pelbagai spesis binatang dan tumbuh-tumbuhan ianya menjadi daya penarik kepada para penyelidik sains.

Adalah dianggarkan terdapat lebih 15,000 spesis bunga-bungaan (9 peratus daripada jumlah di dunia) dan 185,000 spesis binatang (16 peratus daripada jumlah di dunia) terdapat di Malaysia. Di Malaysia terdapat lebih kurang 2,000 jenis pokok yang mengeluarkan bunga, termasuk 200 jenis pelbagai palma dan 3,000 jenis orkid.

Bunga paling besar di dunia, Raflesia adalah sesuatu yang unik di kawasan ini. Satu lagi pemecah rekod ialah pokok tropika yang paling tinggi iaitu Pokok Tualang yang tinggi menjulang. lanya boleh
mencecah ketinggian sehingga 80 meter (260 kaki).

Fauna

Hutan Hujan di Malaysia menyimpan beribu-ribu spesis binatang yang kebanyakannya bukan sahaja unik bagi kawasan ini malahan juga di dunia. Sebanyak 286 spesies mamalia, 736 spesies burung, 406 spesies amfibia dan reptilia dan lebih daripada 100,000 spesies serangga
telah dapat direkodkan.

Antara spesis mamalia yang tinggal di sini termasuk harimau, gajah, badak sumbu, tapir, musang, harimau bintang, beruang dan dua jenis rusa iaitu sambar dan kijang. Malaysia juga merupakan tempat tinggal kancil yang besarnya seperti seekor kucing. Terdapat juga binturong dan pelbagai jenis ungka dan monyet. Sabah dan Sarawak merupakan tempat asal Orang Utan yang luar biasa.

Terdapat hanya dua spesies buaya di Malaysia iaitu buaya tembaga dan buaya jolong-jolong. Buaya boleh didapati di sungai-sungai besar terutamanya di Sarawak. Tuntung sungai boleh didapati di kebanyakan sungai di Semenanjung Malaysia dan populasi utama didapati di sungaisungai di Negeri Perak, Kedah, Terengganu dan Pahang.

Pantai Timur Semenanjung merupakan kawasan pendaratan penyu terutamanya penyu belimbing. Rantau Abang di Terengganu adalah kawasan yang penting pendaratan penyu. Pulau Penyu di Sabah juga merupakan kawasan yang penting untuk pemuliharaan penyu di rantau ini.

Terdapat juga hampir 600 jenis burung yang dicatatkan di Semenanjung Malaysia. Burung-burung migratori banyak terdapat di kawasan pantai berlumpur di sebelah pantai barat Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Kawasan yang penting untuk burung-burung berhijrah ialah di Kuala Gula di Perak, Pulau Bruit di Sarawak dan kawasan pantai di Sabah.

Ikan air tawar yang banyak terdapat di Malaysia ialah ikan kap. lain-lain jenisnya ialah kelesa, sebarau, toman dan haruan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan