Isnin, 31 Ogos 2009

PEMBENTUKAN AWAN DI MALAYSIA 7

HH4. Sirus Beralun

HH4. Awan sirus beralun (wavy cirrus) meliputi hampir keseluruhan langit.

HH5. Sirokumulus(Cc)

HH5. Sirokumulus(Cc) diperhatikan pada awal pagi kira-kira 0000Z di Petaling Jaya dalam bulan May/Jun 2002. Elemen-elemen awan itu kelihatan seperti sisik ikan dibawah sinaran suria putih.

PEMBENTUKAN AWAN DI MALAYSIA 6

MM4. Altostratus(As)

MM4. Altostratus(As), awan kekelabuan (bergantung kepada ketebalan) peringkat pertengahan yang menghasilkan hujan apabila cukup tebal. Awan-awan ini terjadi dalam lapisan atmosfera stabil dan boleh menjadi tebal apabila cukup kelembapan dan penyejukan. Hujan berterusan pada waktu senja dan malam selepas aktiviti ribut petir pada lewat petang dan senja adalah disebabkan perkara ini. Awan-awan di atas terbentuk pada waktu senja dan malam hari terdahulu, mula menghilang apabila matahari terbit pada awal pagi. Awan-awan berlapis ini masih boleh dilihat pada bahagian bawah gambar.

Awan Peringkat Tinggi

HH1. Sirus(Ci)

HH1. Sirus(Ci), awan berupa filamen/cangkuk ditiupkan dari kanan ke kiri dalam angin timuran yang begelora. Awan-awan ini terdiri daripada hablor ais yang terjadi disebabkan suhu terlalu dingin pada paras tinggi atmosfera.

HH2. Sirus(Ci)

HH2. Awan Sirus(Ci) ditiupkan angin timuran yang bergelora. Awan ini berwarna putih dengan pinggiran tidak jelas terdiri daripada hablur-hablur ais.

HH3. Sirus(Ci)

HH3. Jaluran awan Sirus(Ci) ditiup oleh angin timuran yang bergelora. Warna merah keputihan yang menakjubkan itu adalah disebabkan sinaran suria semasa matahari terbit. Awan-awan ini bergerak pantas dari timur ke barat Kuala Lumpur pada kira-kira 0000Z pagi dalam bulan Mei 2002.

PEMBENTUKAN AWAN DI MALAYSIA 5

MM2. Altocumulus (Ac)

MM2. Altokumulus(Ac), awan berwarna kelabu/putih dilihat pada waktu senja. Sinaran suria waktu senja yang menyebabkan awan-awan ini berwarna kekuningan muda dapat dilihat menerusi awan-awan itu. Elemen-elemen awan itu nampaknya sedang berubah disebabkan penghamparan dibawah atmosfera yang sedang menjadi stabil.

MM3. Altostratus

MM3. Altostratus(As), awan kekelabuan meliputi hampir keseluruhan langit. Matahari nampak malap menerusi awan ini. Gambar ini diambil pada awal senja selepas sedikit hujan.

PEMBENTUKAN AWAN DI MALAYSIA 4

LL6. Frakto stratus

LL6. Frakto stratus ialah awan berupa cebisan kain koyak terbentuk dalam udara lembab bergelora pada paras rendah atmosfera selepas hujan. Warna kekuningan muda latar belakang adalah disebabkan oleh pantulan sinaran suria waktu senja oleh sirrostratus yang terjadi selepas aktiviti ribut petir pada waktu petang.

Awan Peringkat Pertengahan

MM1. Altokumulus(Ac)

MM1. Altokumulus (Ac) dilihat tegak diatas kepala. Tiap-tiap elemen nampak jelas tersisih antara satu sama lain dengan warna keputihan dan kelabu yang mana membezakannya daripada Sirokumulus.

PEMBENTUKAN AWAN DI MALAYSIA 3

LL4. Stratokumulus

LL4. Stratokumulus(Sc) ialah awan berwarna kelabu/putih yang terjadi apabila bahagian puncak awan kumulus yang terbentuk pada waktu petang menghampar dibawah songsangan suhu. Awan-awan ini terjadi pada lewat petang dan senja apabila atmosfera mula menjadi stabil. Warna kekuningan muda adalah disebabkan pantulan sinaran suria pada waktu senja. Stratokumulus juga akan boleh terjadi tanpa penghamparan awan kumulus.

LL5. Fracto kumulus dan Kumulus cuaca cerah

LL5. Frakto kumulus ialah awan putih berupa cebisan kain koyak. Ini boleh adilihat pada bahagian atas gambar. Kumulus cuaca cerah (Fair weather cumulus) yang juga kelihatan putih kecuali pada bahagian bawah dimana warnanya kegelapan sedikit, mencapai ketinggian terhad seperti dibahagian bawah foto. Kejadian kedua - dua jenis awan ini menunjukan kewujudan atmosfera kering.

PEMBENTUKAN AWAN DI MALAYSIA 2

LL2. Kumulus Kongestus

LL2. Ini adalah satu pandangan jarak dekat awan (Kumulus Kongestus) yang sedang berkembang aktif pada lewat pagi dan awal petang disebabkan pemanasan permukaan tanah dan perolakan. Awan-awan itu kelihatan seperti ‘popcorns’ dengan tepian nyata(clear outline). Warnanya putih pada puncak kerana semua gelombang sinar suria dipantulkan pada kadar yang sama. Warna gelap itu disebabkan oleh penembusan terhad sinar suria dan juga kadar serapan yang bertambah terhadap gelombang selebihnya kerana titisan air besar. Dengan kandungan kelembapan dan penaikan udara mencukupi, awan-awan ini tumbuh tinggi dan menghasilkan hujan panas. Dalam keadaan ketidakstabilan udara yang mendalam, ribut petir berlaku pada waktu petang atau lewat petang.

LL3. Kumulus Humilis

LL3. Kumulus humilis ialah sejenis awan berwarna putih dengan ketinggian terhad. Songsangan suhu pada paras atas atmosfera menghalang pertumbuhan terus awan lalu berlaku penghamparan yang menyebabkannya kelihatan memanjang. Rupa serabut puncak awan dan langit biru menunjukan kewujudan udara kering diatas awan.

PEMBENTUKAN AWAN DI MALAYSIA

Pembentukan awan berlaku hampir keseluruhannya pada bahagian bawah atmosfera yang dikenali sebagai Troposfera. Awan terbahagi kepada dua kumpulan besar : iaitu yang berbentuk kumulus (cumiliform) dan yang berbentuk berlapis-lapis(stratiform). Saiz, bentuk dan warna awan berubah mengikut kandungan kelembapan dan kesetabilan atmosfera. Atmosfera pada amnya dibahagi kepada tiga peringkat didifinasikan mengikut garis lintang, paras ketinggian dan kekerapan kewujudan awan-awan tertentu seperti berikut:

Peringkat

Kawasan Tropika

Kawasan Berhawa Sederhana

Kawasan Kutub

Tinggi

6 – 18km

5 – 13 km

3 – 8 km

Pertengahan

2 – 8 km

2 – 7 km

2 – 4 km

Rendah

Dari paras muka bumi ke 2 km

Dari paras muka bumi ke 2 km

Dari paras muka bumi to 2 km

Terdapat 10 genera awan. Enam daripadanya tergolong ke dalam peringkat-peringkat tersebut diatas seperti berikut:
  1. Awan peringkat rendah : Stratokumulus dan stratus.
  2. Awan peringkat pertengahan : Altokumulus.
  3. Awan peringkat tinggi : Sirus, Sirokumulus, dan Sirostratus.

Genera selebihnya tidak tergolong kedalam peringkat – peringkat tersebut diatas sepenuhnya. Awan-awan ini mempunyai kecenderungan mengembang dari satu peringkat ke peringkat lain seperti berikut:

  1. Altostratus biasanya terjadi pada peringkat pertengahan tetapi boleh mengembang ke peringkat tinggi.
  2. Nimbostratus berkembang dari peringkat pertengahan ke peringkat tinggi dan rendah .
  3. Awan-awan Kumulus dan Kumulonimbus lazimnya mempunyai tapak di peringkat rendah tetapi mengembang ke peringkat pertengahan dan tinggi.

Gambar-gambar awan berikut diambil di Semenanjung Malaysia, kebanyakannya di Negeri Selangor pada bulan Mei, Jun dan Julai 2002. Warna kekuningan oren sesetengah awan adalah disebabkan pemantulan sinaran suria pada waktu matahari terbit atau matahari terbenam. Gambar-gambar ini tidak meliputi semua genera tersebut diatas tetapi akan ditambah dan/atau disemak semula dari masa kesemasa dan diganti dengan gambar-gambar awan lain berserta komen yang dapat diperolehi untuk memaparkan keadaan cuaca dan pola awan berkaitan di Malaysia.

Awan Peringkat Rendah (Low Clouds):

LL1.- Kumulonimbus (Cb)

LL1. Ini adalah satu pandangan jarak jauh deretan awan Kumulonimbus (Cb) di Selat Melaka. Awan-awan ini tinggi berwarna putih / gelap. Tapaknya terletak pada ketinggian kira-kira 1000 kaki manakala puncaknya boleh mencapai ketinggian melebihi 35000 kaki. Pembentukan deretan awan ini merupakan satu ciri biasa pada awal pagi Monsun Barat Daya. Kedudukan Sel-sel Cb yang begitu rapat menyebabkan awan-awan itu kelihatan bersambung. Warna kuning keemasan itu disebabkan pantulan sinar suria pagi yang sedang terbit di timur. Awan nipis berbentuk topi kelihatan diatas puncak awan Cb menunjukan kewujudan udara stabil mengalir diatas puncak awan itu (Cb). Awan-awan Cb ini kerap bergerak masuk ke pedalaman melalui kawasan pantai pada peringkat akhir Monsun Barat Daya. Apabila ketidakstabilan atmosfera mencapai lebih tinggi, awan-awan ini membawa hujan lebat dan ribut petir kepada kawasan terlibat.